|
Mengenai Kami
PENGENALAN
Sistem Pengurusan Aduan Awam Pihak Berkuasa Tempatan (SISPAA-PBT) dibangunkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) sebagai sistem aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Berdasarkan pekeliling pada 9 Februari 2022, pihak Biro Pengaduan Awam (BPA) melalui Kerajaan Negeri Selangor mengesyorkan supaya sistem SISPAA-PBT digunakan sepenuhnya bagi memastikan pengurusan aduan dapat dilaksanakan secara berpusat oleh semua PBT
Sistem SISPAA ini diselaraskan oleh Unit Aduan Awam, Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat, MBSA. Mulai 1 Januari 2023, MBSA akan menghentikan penerimaan aduan melalui sistem e-Aduan dan aplikasi telefon mudah alih iaitu i-Adu.
KELEBIHAN SISPAA
1. Aduan yang melibatkan agensi lain boleh dipanjangkan terus melalui sistem SISPAA, perkhidmatan melangkau 'multiple agencies'
2. Maklumbalas boleh diselaraskan secara sekaligus untuk aduan yang sama lokasinya dari beberapa orang pengadu berlainan
3. Web Based boleh diakses di mana-mana kawasan capaian internet termasuk peranti pintar.
|
|
|
|
|